Pusat Sumber Sekolah sebelum tahun 2002 terpisah kedudukan bahagian-bahagiannya iaitu Perpustakaan di Aras 1 Blok A, Bilik BBM di aras bawah Blok A, Bilik SAL bersama Bilik Tayang (Audio Visual) di Aras 2 Blok A .
Perancangan awal untuk menyatukan Pusat Sumber Sekolah pada awal 2001 akhirnya tercapai. Pada akhir tahun 2001 kerja-kerja pengubahsuaian bangunan telah dijalankan dan pada tahun 2002 kerja-kerja pemindahan mula berjalan lancar dan pada pertengahan 2002 Pusat Sumber Sekolah mula beroperasi secara rasmi.
Wajah asal Perpustakaan setelah menjalani sedikit pengubahsuaian (akhir 2001)
Proses mengemas buku dari Perpustakaan lama untuk dipindahkan
Pemindahan peralatan dari Aras 1 Blok A ke Tingkat Atas Pusat Sumber Sekolah