KENALI PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Adalah suatu tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat

VISI

Melahirkan murid yang berbudaya membaca, berilmu dan berwawasan dan menjadi Pusat Sumber Sekolah berprestij yakni Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang tahun 2010
 
MISI
  Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber di kalangan warga sekolah. Memupuk semangat membaca di kalangan murid secara berterusan. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terkini.


OBJEKTIF
PSS adalah bertujuan:

1.Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi akademik;
2. Menggalakkan para pelajar dan guru menggunakan berbagai kemudahan p & p supaya tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan “chalk and talk” ;
3.Menggalakkan tabiat belajar secara kendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu, atau tabiat bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan-bahan PSS;
4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai berbagai alat dan bahan
p & p;
5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza;
6.Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat perkakasan;
7. Melaksanakan suatu sistem yang digabungjalinkan antara bahan cetak dan bahan bukan cetak;
8. Membimbing dan melatih guru serta murid menggunakan perkhidmatan, maklumat serta alatan untuk bahan rujukan;
9.Menjadikan warga sekolah peka terhadap perkembangan baru dan terkini, menyediakan perkhidmatan yang sesuai dengan citarasa dan kehendak pengguna; dan
10. Mampu memberi perkhidmatan kemaskini dan berterusan serta boleh digunapakai bila diperlukan.